Orang Mukmin Sangat Bersanka Baik Dengan Tuhannya


Sifat orang mukmin taat dan patuh perintah Allah

Samada perintah suruh atau perintah larangan tidak ada masalah

Kalau dia lemah mengamalkan dia bertaubat kepada Allah

Namun menyanggah atau menentang tidak pernah

Kalau ada orang yang mampu berbuat dia ucap tahniah

Dia rasa sedih lemah ikut perintah

Dia tidak akan bermusuh dengan orang yang taat dan patuh

Dia tidak menentang kerana takut jatuh kepada sifat nifaq yang dimarah

Orang mukmin hatinya sentiasa dengan Allah

Dia rasa bahagia jika dapat ikut perintah Allah

Jika terbuat salah aduh hatinya derita parah

Dia cepat-cepat bertaubat dan membuat baik tanpa lengah

Sifat orang mukmin menerima hukum tidak ada pilih-pilih

Hatinya sentiasa berkata sam'an wa to'atan

Jika dia cuai, cepat-cepat bertaubat dan mengaku lemah

Penyesalannya dan sedihnya tidak berkesudahan di dalam ingatan

Begitulah sifat orang mukmin hatinya murni dengan Allah

Kelemahannya dia menyesal, sentiasa bertaubat dengan Allah

Berdalih-dalih dan banyak soal tidak berlaku terhadap perintah

Dia sentiasa bersangka baik dengan Allah yang Maha Pemurah

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi